..Hot..




2010. Tags: anak Azean Irdawaty, azean irdawaty, Benjy edar dadah, Khaeryll Benjamin Ibrahim

Polis semalam mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah. Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.Polis menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.Kenapa boleh jamin pulak selalunya kalau banyak tu punya dadah habis la…

nak baca banyak lagi mengenai kisah panas artis sila layari laman ini....
http://arealcelebrity.blogspot.com/2010/04/benjy-ambil-masa-selama-6-bulan-untuk.html




... X - TKCian WeDdiNg CeRemOny...


..wishing u guys congratulation n happy ever after...