Wednesday, September 15, 2010

ULANGTAHUN KE 14 /9.9

Hari ni genap 14 tahun perkahwinan..bermacam kisah suka duka kehidupan kami suami isteri....banyak yang telah kami lalui bersama....gembira..duka..segala-galanya...dialah segalanya bagiku..rakan karib...sahabat..suami dan ayah kepada anak-anakku...abang sesungguhnya mama sangat kasih dan sayangkan abang sejak abah dah takde...abnglah tempat mama mengadu nasib...mengadu duka..tika tak de seorang temanpun yang memahami mama....abang ada sentiasa disisi untuk mama ceritakan segala masalah ...abanglah yang menjadi tiang yang mengukuhkan hidup mama di saat tiang di sebelah mama mulai tumbang...abang ada sentiasa disisi saat mama amat memerlukan seorang teman...terima kasih ayah kerana sabar dan tabah menjaga mama walaupun kadangkala mama merasakan mama ni hanya menyusahkan abang shaja sepanjang perkahwinan kita

    maafkan mama jika mama selalu membuatkan abang susahhati...benci seketika...sampai ya mama tahu abang macam dah tak sanggup nak teruskan hidup dengan mama...tapi abang tetap sabar.....dan sabar....sebab itulah Allah memurahkan rezeki pada abang kerana abang telah mengotakan janji untk menjaga mama dengan baik...

   terima kasih diatas hadiah yang abang berikan ..mama amat menghargainya..itulah jerit perih yang kita tempuh selama ini..alhamdulillah tuhan balas dengan kebaikan....

   mama sentiasa doakan yang kita akan bersama-sama hingga ke akhir hayat kita..bersama2 anak-anak....kalaupun Tuhan nak ambil nyawa kita biarlah anak-anak kita dah besar...susah senang mama akan sentiasa bersama abang....
  

KES PEMBUANGAN BAYI

Sejak akhir-akhir ini cerita pembuangan bayi makin menjadi-jadi, smapai kadang-kadang tak sanggup nak dengar..apatah nak melihat badan bayi tu di hurungi semut.. bercalar di dera..kadang-kadang sampai terfikir yang buat benda ni binatang ke manusia...ya la kita ni tak duduk kat tempat dia tak tahu apa sebab jadi macm tu, ada yang kena rogol..tanpa kerelaan..abang, ayah, bapa saudarapun dah boleh merogol sekarang ni macam bukan satu kesalahanpun tak kesian ke dengan diorang yang kena macam ni....cuba kita fikir agak-agaknya kenapa mereka membuang bayi tu kan....aku nak bagi satu idela ini bukan menyokong ya jauh sekali.....tapi nak membantu dari seorang penzina dah jadi seorang pembunuh hai banyak dosa tu..

KERATAN AKHBAR MENGENAI PUSAT PERLINDUNGAN
Fatimah: Sarawak Tidak Memerlukan Pusat Perlindungan Bayi


KUCHING, 21 Ogos (Bernama) -- Tiada rancangan untuk menubuhkan pusat perlindungan bayi di Sarawak untuk mencegah gejala pembuangan bayi, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Fatimah yang juga Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) berkata Sarawak telah mewujudkan satu sistem sokongan bersepadu untuk menangani isu pembuangan bayi secara berkesan.

Katanya sistem sokongan ini juga memberi bantuan dan perlindungan kepada wanita hamil luar nikah di mana mereka boleh meneruskan tempoh kehamilan mereka sepenuhnya dalam persekitaran yang selamat di sebuah pusat perlindungan di Telaga Air, di sini.

"Ia (pusat perlindungan) dibiayai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Sistem ini juga menyediakan rawatan, perlindungan dan pemulihan (CPR) serta perkhidmatan termasuk kehamilan dan selepas melahirkan, juga mencegah pengguguran, pengabaian, pembuangan dan kematian bayi yang baru lahir.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kuih raya sumbangan Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak kepada 94 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib di sini.

Pusat perlindungan bayi pertama negara telah ditubuhkan pada 29 Mei lepas dengan sokongan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pasangan yang tidak mampu untuk memelihara bayi mereka boleh meletakkan bayi tersebut di OrphanCARE tanpa menyatakan nama mereka.

RAYA 2010

Raya tahun ni tak balik mana-mana kampungpun, bukannya apa anak aku nak periksa upsr tahun ni so nak privacy sikit...harap-harapnya anak aku akan berjaya dalam exam tu tak kisahlah dapat berapapun...dia dah berusaha...aku sentiasa mendoakannya
      lepas sembahyang raya g rumah jepun kawan suami aku..cam tak caya je dah raya ekkk..... terus gi rumah mak...bersalaman maklumlah banyak dosa ngan mak ni he...he...g umah zamani..n then amik gambar ...kelakar betul ..maklumlah first time amik gambar...balik rumah panaskan lauk..kami buat lemang sendiri walaupun nampak remeh tapi puas hati buat sendiri....petang kang adik - adiknak datang beraya pulak...
     dalam dok kita seronok beraya..malaysia di kejutkan dengan pembunuhan datok sosilawati lawiya..betullah aku tak faham zaman sekarang cam tak tahu mana lak nak beza mana satu manusia yang ada otak tuhan bagi dengan binatang yang memang dah Tuhan tak bagi otak...takkanlah tak de rasa kasihan di dalam jiwa dia terhadap sesuatu perkara di luar dugaan...entahlah aku betul2 terkejut memang tak sangkalah bila dah sampai membunuh, menyembelih , membakar ...aku memang yakin waktu tu..sosilawati masih hidup..sebab aku fikir takkanlah sampai maam tu nak di buatnya..memang aku tak sangka..KEJAM...KEJAM SANGAT..apapun kita doakanlah semoga roh keempat-empat mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang SOLEH....
     raya ke enam dah mula ramai orang balik ke taman..aku masih sibuk macam biasa maklumlah anak-anak tak cuti macam aku..so sama jelah macam tak cuti....petang tadi bekas anak-anak murid aku datang seronok sangat maklumlah dah dekat tiga tahun tak jumpa...alih2 dah besar dan berjaya semuanya...alhamdulillah..malam tadi empat buah rumah pergi beraya..ehhmmm..anak-anaklah kenyang makan..biasalah kalau dah bawa anak..memang payah nak cari mood makan..p

Monday, August 23, 2010

nak cakap apa lagi ekk..moga apa yang boleh di tolong dapatlah menolong mereka yang tak tahu nak buat apa sekarang ni...aku pun sebenarnya suka sangat kalau dapat bekerja dengan pertubuhan pertolongan ni tapi maklumlah aku ni keje cam ni susah sikit nak bergerak at least akau dapat bg ide dan buah fikiran tupun okla..kalau nak minta nasihatpun tak pe..

kalau tak percaya cakap aku tengoklah anak yang baru lahir tu nanti...betapa comelnya dia....berikan nama yang cantik-cantik untuk dia...pakaikan dia baju...tunggulah saat dia membuka mata dan menatap wajah kamu....betapa indahnya dunia ketika itu..ingat dia tidak pernah bersalah...layanlah dia sebaik mungkin didik dan beri ajaran agama secukupnya apa yang terjadi selepas itu laluilah dengan sabar dan redha..

 kasihanilahn dia jangan BUANG DIA.....

INGAT jangan hampiri lagi kemaksiatan...kita perlu katakan TIDAK pada perkara yang tidak di redhai....mesti boleh...

harap-harap apa yang aku tulis dapat tolong korang kat sana...insyaallah..
so ni ada beberapa pertubuhan yang boleh menolong harap dapat di gunakan k

Pusat Perlindungan Wanita

Wanita JIM


Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.3, Lrg Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-4107 3379 Fax: 03-4107 1754
Web : Wanita JIM

KEM MODAL INSAN KEWAJA
Menjana Integriti Dan Membangun Insan Hadhari
Pejabat:
No.19 Jln SG 5/4 Tmn Sri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor
Tel: 013-3384868, 03-20214868, 03-40254755
kewaja@gmail.com
Web : KEWAJA

Pusat Perlindungan Wanita Darul Ihsan
Jalan Raja Chulan
45200 Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3216 1286 Fax : 03 3216 1488
Web : http://baitul-ehsan.mais.gov.my


JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Web : JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta,
No. 111-113,
Bangunan Persatuan Hock Kean,
Jalan Sultan Yusuff,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
05-241 8860
05-241 8825

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang,
JKR 130, Jalan Raja,
35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan
05-401 1069
05-401 1069

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak,
Tingkat 1, Blok B,
Bangunan Kerajaan Persekutuan,
Jalan Changkat Jong,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan
05-622 1986
05-621 9628

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri,
Jalan Sultan Abdul Aziz,
33300 Gerik,
Perak Darul Ridzuan
05-791 2314
05-791 2251

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan
05-776 1198
05-776 1198

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Selama/Larut/Matang,
Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan,
Jalan Istana Larut,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan
05-807 3302
05-808 9763

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung,
No.69 & 71, Persiaran PM 3/3,
Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan
05-688 3110
05-688 3110

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kerian,
No.35, Jalan Maharaja,
Pusat Bandar,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan
05-716 2645
05-716 2645

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Perak Tengah,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
Seri Iskandar,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan
05-371 2082
05-371 2082


Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Tingkat 19-24, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
Jalan Raja Laut, 50562 Kuala Lumpur
TEL. : 603-2697 1090, FAKS : 603-2693 4270, 603-2694 9395
TELEDERA : 1-800-88-3040 (Tol Free), 603-2616 5961
INFORAKYAT : 010-2000900
EMAIL : adminjkm@jkm.gov.my
http://www.jkm.gov.my/

Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan,
No 3, Jln Indah. Seksyen 14,
40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Tel: 603-55445415
Faks: 603-55190232
jkm@selangor.gov.my
http://jkm.selangor.gov.my/

PERTUBUHAN / PERSATUAN IBU TUNGGAL

Islam Single Mothers Association Kuala Lumpur (Persatuan Ibu Tunggal Islam Kuala Lumpur)
Add: 41-15-09 Projek Perumahan Rakyat,
Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-61879291
Fax: 03-61879291

Single Mothers Council Of Malaysia (Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia)
Kompleks Penghulu Mukim Cheras,
Batu 10, Jalan Cheras,
43200 Kajang, Selangor
Tel: 03-90760426
Fax: 03-90746216


Islam Women's Action Body (PERTIWI - Pertubuhan Tindakan Wanita Islam)
No 36, Jalan SS 3/53,
Taman Subang,
47300 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-78744203
Fax: 03-78752935


Melati Putih Single Mothers Association (Persatuan Ibu Tunggal Melati Putih)
41-18-23, Projeck Perumahan Rakyat,
Batu 5, Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-61856431/ 03-42571000 ext 576
Fax: 03-41080634


Single Mothers Club (Kelab Ibu Tunggal)
No 2 Lorong Perak,
Taman Melawati,
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-41063848/ 03-41083334


Single Mothers Association of Federal Territory and Selangor (Persatuan Ibu Tunggal W/P dan Selangor)
No 2 Jalan SS 1/43B,
Kampong Tunku,
47300 Petaling Jaya
Tel: 03-78741416


Senarai Perkhidmatan
 (Wanita Mengandung Anak Tak Sah Taraf / Teraniaya / Perlindungan Sementara)
http://www.mykahwin.com./


http://www.mais.net.my/
senarai-pusat-perlindungan-pemulihan-dan-rawatan-persendirian


SENARAI MENTOR JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW):







4. sentiasalah mohon pada Allah agar di ampunkan dosa yang telah lalu

5. Cari kemahiran contohnya macam sijil menjahit..buat kuih atau apa saja yang halal untuk kita cari rezeki selain untuk menjaga anak kita suatu hari nanti..ingat apapun yang terjadi kita perlu lalui dan hadapi kerana kita sendiri yang mencari laluan ini dahulu..jangan malu..yang penting kita dapat mencari duit untuk bekalan susu anak kita..lampin dan baju..biar kita penat ingat tidak perlu mengeluh atau malas ini adalah jalan yang kita perlu tempuh oleh tiu kita perlu sabar, tabah dan ingat apabila tuhan menduga kita itu kerna tuhan sayangkan kita..oleh itu sentiasalah berprasangka baik pada Allah....jika kita telah melakukan dosa mohon keampunan ingat jangan sesekali melaluinya lagi..

5. Apapun yang terjadi kita kena redha..kita nak bersalin ..mohon maaf pada ibubapa semoga mereka boleh menerima dan dapat menjaga kita dan anak....sentiasalah berpegang kepada al quran..dan Allah semoga kita dapat melahirkan anak dengan sebaiknya tanpa kesusahan akibat dosa yang terdahulu..itulah pentingnya kita memohon ampun dari Allah...

Sunday, June 13, 2010

LAMA TAK MENULIS

lama betul aku tak menulis dah dekat 2 bulan bukan apa sibuk...macam-macam hal kat sekolah..biasala kerjakan..ni pun baru jer habis otak mereng...pergi kelantan ...urus persembahan..balik pergi perak pulak urus adik ipar bertunang last-last pening kepala baru terasa la ni..apaun nantila belum ada semangat betul-betul nak mencoret di atas komputer..macam-macam hal..nantila sambung penat pergi kenduri kahwin...

Wednesday, April 28, 2010

rileks

hari ni aku rileks dan gembira sangat............tak tau napa...aku bersyukur di kurniakan suami yang baik dan penyayang...aku amat mencintainya..sesungguhnya..bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat

Monday, April 12, 2010

coretan petang

setelah tiga hari tak bekerja..maklumlah aku ni asyik x sihat jer..penatla jadi orang sakit...kadang-kadang dah tak larat nak memikirkannya...doktor kata aku kena tekanan darah rendah...sampai 4 kali chek doktor x dapat bilang nadi aku...bukan main takut lagi...tapi aku redha ..ini adalah ujian untuk aku..kerana aku tahu Tuhan memang sayangkan aku...
pegi sekolah tengahari kena lgi...tension juga ..tambahan pulak aku bertugas hari ni..sakitpun sakitlah...kawan2 yang betul-betul disisi kita boleh di bilang dengan jari...kawan yang mengata lagi banyak..yala siapalah kita untuk menutup mulut orang..biarlah apa orang nak cakap pasal aku..yang tahu semua kejadian itu hanya Allah sahaja..terima kasih Tuhan kerna kau sentiasa bersamaku susah dan senang...
kul 3.00 tadi aku datang balik...karang orang mengata lagi tak buat keje..sakitpun gagahkan diri...kul 5.00 suami aku dapat panggilan ada orang kena tangkap sebab beromen...akupun balik sekalilah...rupa2nya dua orang budak sekolah berlainan di seremban buat dajal belakang bas...bayangkanlah camna...tu tempat orang lalulalang tu..bayangkanlah kalau tempat yang orang tak lalu..gelap..macamanalah aksinya...
senang hati je malulah ..jangn panggil mak bapaklah ..tau pulak..tapi time buat tak pikir malu pulak...yang sorang handsome..yang sorang lawa...ngapalah jalan itu yang di pilih...nak jer aku mencadangkan pada Kementeria Pelajaran supaya dapat di wujudkan satu akta tentang kelakuan tidak sopan budak2 sekolah zaman sekarang...penjara ke..buat keje amal..ke wateberlah dari macam tu...tindakannya kena gantung sekolah apa je la yang budak tu dapat....
mak bapak penat pegi keje..anak2 sedap tengah buat aksi cam filem..filem2 ..drama mat salleh dah tak kira melayupun banyak yang menyimpang dari tujuan sebenar filem dan drama yang di hasilkan yang sepatutnya dapat membawa pelajar kerah kebenaran dan pengajaran ini tidak..tengoklah cerita2 yang ada  di tv sekarang samapi naik malu nak tengok ngan anak-anak..adegan bercium penuh ghairah tak di potong...berpeluk sakan..terselak sana sini...camna lah..anak2 kita tak terikut..kalaulah ada pihak yang membaca blog ni pun sama gak...malu-malu mak bapak ngan anak2 sama2 tengok ....mana anak x ghairah tak teransang..nak di sebat kat sapa..tu yang adik2..kakak2 ..jiran tetangga jadi tempat memuas kan nafsu yaAllah Nauzubillah..minta di jauhkanlah....
sekarang dah ada pulak slogan Kami Prihatin..walaupun nampak macam ...menggalakkan pulak budak2  ni menghasilkan anak luar nikah sekurang-kurangnya ada tempat untuk anak yang tidak di ingini tu berlindung
ya la dari di buang dalam tong sampah..kena gigit semut..putus tangan..ya rabbi.. taula otak letak kat mana..
kan dah tak pasal mak bapak yang malu..janganlah nak di salahkan pada mak bapak sahaja...bukan semua mak bapak yang sibuk tu tak mangmbil tahu hal anak2..ini tak dah di percayai anak2 pulak buat hal..sebenarnya KITA masyarakat..jiran ..guru...semua tak kira bangsa cina, melayu, india kena sama2 mengembleng tenaga untuk menghalang dari kelakuan binasa anak2 remaja kita.
kita tidak boleh lagi mengambil sikap lantak dialah..bukannya anak aku...malaslah nak ambil tahu hal orang lain......TIDAK..zaman ini adalah zaman wajib ambil tahu hal orang kerana kewajipan itulah yang dapat menyelamatkan kebinasaan lebih ramai lagi manusia zaman ini..

Tuesday, April 6, 2010

INILAH NAMANYA KEHIDUPAN

hari ni dah masuk 3 hari...dah 3 hari aku tak makan..tak taula tak de selera betul nak makan...kenapa sejak akhir2 ni aku rasa macam tak taula dah d kehidupan betul....tapi bila malam aku tengok muka sorang 2 anak2 aku...aku memang tak tahan betul...sayu betul hati ini....macamana kalu mereka tak de mak nanti siapalah nak jaga mereka....Ya Allah ko panjangkanlah umurku ini......berilah kesempatan aku bersama anak2 ku......

Monday, March 29, 2010

..penariku..


lepas habis perasmian oleh YB Menteri Besar Negeri Sembilan ari tu..tenangla sikit ati aku ni mana xnya nak selesaikan pasal persembahan tarian tu...semua kata ok akupun senang hati sikit...malam tu pulak ada ED punyalah seronok..bukan pasal Ed tapi aku dapat jumpa balik anak-anak murid aku dan yang paling penting penari-penari terbaik aku zaman 5 tahun yang lampau dah 6 tahun tak jumpa ...bukan main lawa lagi dah jadi jurutera, juruaudit...reseacher..ai macam-macam lagila ....aku tumpang gembira

sharukh...ayie...yuen...nik...he..he sapo layio ek ups didi...alamak dah lupa lak yang lain jangan maree de..korang tetap di hati cg...( nanti aku letak gambo diorang kat sini k )....yang lain amiratul..iza...farah...zairin..ai ramaila lagi nanti la aku nak buat blog satu khas untuk tarian.
yang penting cg sangat2 gembira berjumpa dengan diorang memang seronok sangat...........

rileks


hari ni aku gembira sangat tak tau napa..Ya Allah aku bersyukur mendapat suami yang penyayang, penyabar.... Ya Allah ko murahkanlah rezeki suamiku ....aku amat menyayanginya..semoga kami berbahagia di dunia dan di akhirat..............

Sunday, March 21, 2010

...back to work again..

..what to do holiday had finished..
tomorrow will start a new week..
as well as hectic life..

special occasion coming up..
cant wait to have a great one..

Wednesday, March 17, 2010

...hari khamis...

hari ni betul-betul rasa tak sihat...tak taula kenapa..rasa takut tak boleh bernafas semuanya ada...rasanya macam nak mati je...allahuakbar..berilah kalapangan dalam hidup aku untuk melayari kehidupan bersama suami dan anak-anak tercinta...sampaikan suami terpaksa menarik aku masuk dalam kereta...aku gagahi juga alhamdulillah aku sampai di sekolah dengan mata-mata bengkak..malu betul rasanya...yala betul kata kawan aku  aku kena kuat ....aku kena lawan benda-benda yang aku tak tau tu....ya Allah bagila aku kekuatan ...demi anak-anak dan suami tercinta dan juga untuk anak-anak muridku yang perlu dan masih banyak lagi ilmu yang belum kuberi kepada mereka.......insyAllah....