Sejak akhir-akhir ini cerita pembuangan bayi makin menjadi-jadi, smapai kadang-kadang tak sanggup nak dengar..apatah nak melihat badan bayi tu di hurungi semut.. bercalar di dera..kadang-kadang sampai terfikir yang buat benda ni binatang ke manusia...ya la kita ni tak duduk kat tempat dia tak tahu apa sebab jadi macm tu, ada yang kena rogol..tanpa kerelaan..abang, ayah, bapa saudarapun dah boleh merogol sekarang ni macam bukan satu kesalahanpun tak kesian ke dengan diorang yang kena macam ni....cuba kita fikir agak-agaknya kenapa mereka membuang bayi tu kan....aku nak bagi satu idela ini bukan menyokong ya jauh sekali.....tapi nak membantu dari seorang penzina dah jadi seorang pembunuh hai banyak dosa tu..
KERATAN AKHBAR MENGENAI PUSAT PERLINDUNGAN
Fatimah: Sarawak Tidak Memerlukan Pusat Perlindungan Bayi
KUCHING, 21 Ogos (Bernama) -- Tiada rancangan untuk menubuhkan pusat perlindungan bayi di Sarawak untuk mencegah gejala pembuangan bayi, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.
Fatimah yang juga Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) berkata Sarawak telah mewujudkan satu sistem sokongan bersepadu untuk menangani isu pembuangan bayi secara berkesan.
Katanya sistem sokongan ini juga memberi bantuan dan perlindungan kepada wanita hamil luar nikah di mana mereka boleh meneruskan tempoh kehamilan mereka sepenuhnya dalam persekitaran yang selamat di sebuah pusat perlindungan di Telaga Air, di sini.
"Ia (pusat perlindungan) dibiayai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Sistem ini juga menyediakan rawatan, perlindungan dan pemulihan (CPR) serta perkhidmatan termasuk kehamilan dan selepas melahirkan, juga mencegah pengguguran, pengabaian, pembuangan dan kematian bayi yang baru lahir.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kuih raya sumbangan Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak kepada 94 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib di sini.
Pusat perlindungan bayi pertama negara telah ditubuhkan pada 29 Mei lepas dengan sokongan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pasangan yang tidak mampu untuk memelihara bayi mereka boleh meletakkan bayi tersebut di OrphanCARE tanpa menyatakan nama mereka.
0 comments:
Post a Comment