setelah tiga hari tak bekerja..maklumlah aku ni asyik x sihat jer..penatla jadi orang sakit...kadang-kadang dah tak larat nak memikirkannya...doktor kata aku kena tekanan darah rendah...sampai 4 kali chek doktor x dapat bilang nadi aku...bukan main takut lagi...tapi aku redha ..ini adalah ujian untuk aku..kerana aku tahu Tuhan memang sayangkan aku...
pegi sekolah tengahari kena lgi...tension juga ..tambahan pulak aku bertugas hari ni..sakitpun sakitlah...kawan2 yang betul-betul disisi kita boleh di bilang dengan jari...kawan yang mengata lagi banyak..yala siapalah kita untuk menutup mulut orang..biarlah apa orang nak cakap pasal aku..yang tahu semua kejadian itu hanya Allah sahaja..terima kasih Tuhan kerna kau sentiasa bersamaku susah dan senang...
kul 3.00 tadi aku datang balik...karang orang mengata lagi tak buat keje..sakitpun gagahkan diri...kul 5.00 suami aku dapat panggilan ada orang kena tangkap sebab beromen...akupun balik sekalilah...rupa2nya dua orang budak sekolah berlainan di seremban buat dajal belakang bas...bayangkanlah camna...tu tempat orang lalulalang tu..bayangkanlah kalau tempat yang orang tak lalu..gelap..macamanalah aksinya...
senang hati je malulah ..jangn panggil mak bapaklah ..tau pulak..tapi time buat tak pikir malu pulak...yang sorang handsome..yang sorang lawa...ngapalah jalan itu yang di pilih...nak jer aku mencadangkan pada Kementeria Pelajaran supaya dapat di wujudkan satu akta tentang kelakuan tidak sopan budak2 sekolah zaman sekarang...penjara ke..buat keje amal..ke wateberlah dari macam tu...tindakannya kena gantung sekolah apa je la yang budak tu dapat....
mak bapak penat pegi keje..anak2 sedap tengah buat aksi cam filem..filem2 ..drama mat salleh dah tak kira melayupun banyak yang menyimpang dari tujuan sebenar filem dan drama yang di hasilkan yang sepatutnya dapat membawa pelajar kerah kebenaran dan pengajaran ini tidak..tengoklah cerita2 yang ada di tv sekarang samapi naik malu nak tengok ngan anak-anak..adegan bercium penuh ghairah tak di potong...berpeluk sakan..terselak sana sini...camna lah..anak2 kita tak terikut..kalaulah ada pihak yang membaca blog ni pun sama gak...malu-malu mak bapak ngan anak2 sama2 tengok ....mana anak x ghairah tak teransang..nak di sebat kat sapa..tu yang adik2..kakak2 ..jiran tetangga jadi tempat memuas kan nafsu yaAllah Nauzubillah..minta di jauhkanlah....
sekarang dah ada pulak slogan Kami Prihatin..walaupun nampak macam ...menggalakkan pulak budak2 ni menghasilkan anak luar nikah sekurang-kurangnya ada tempat untuk anak yang tidak di ingini tu berlindung
ya la dari di buang dalam tong sampah..kena gigit semut..putus tangan..ya rabbi.. taula otak letak kat mana..
kan dah tak pasal mak bapak yang malu..janganlah nak di salahkan pada mak bapak sahaja...bukan semua mak bapak yang sibuk tu tak mangmbil tahu hal anak2..ini tak dah di percayai anak2 pulak buat hal..sebenarnya KITA masyarakat..jiran ..guru...semua tak kira bangsa cina, melayu, india kena sama2 mengembleng tenaga untuk menghalang dari kelakuan binasa anak2 remaja kita.
kita tidak boleh lagi mengambil sikap lantak dialah..bukannya anak aku...malaslah nak ambil tahu hal orang lain......TIDAK..zaman ini adalah zaman wajib ambil tahu hal orang kerana kewajipan itulah yang dapat menyelamatkan kebinasaan lebih ramai lagi manusia zaman ini..
0 comments:
Post a Comment