Wednesday, September 15, 2010

ULANGTAHUN KE 14 /9.9

Hari ni genap 14 tahun perkahwinan..bermacam kisah suka duka kehidupan kami suami isteri....banyak yang telah kami lalui bersama....gembira..duka..segala-galanya...dialah segalanya bagiku..rakan karib...sahabat..suami dan ayah kepada anak-anakku...abang sesungguhnya mama sangat kasih dan sayangkan abang sejak abah dah takde...abnglah tempat mama mengadu nasib...mengadu duka..tika tak de seorang temanpun yang memahami mama....abang ada sentiasa disisi untuk mama ceritakan segala masalah ...abanglah yang menjadi tiang yang mengukuhkan hidup mama di saat tiang di sebelah mama mulai tumbang...abang ada sentiasa disisi saat mama amat memerlukan seorang teman...terima kasih ayah kerana sabar dan tabah menjaga mama walaupun kadangkala mama merasakan mama ni hanya menyusahkan abang shaja sepanjang perkahwinan kita

    maafkan mama jika mama selalu membuatkan abang susahhati...benci seketika...sampai ya mama tahu abang macam dah tak sanggup nak teruskan hidup dengan mama...tapi abang tetap sabar.....dan sabar....sebab itulah Allah memurahkan rezeki pada abang kerana abang telah mengotakan janji untk menjaga mama dengan baik...

   terima kasih diatas hadiah yang abang berikan ..mama amat menghargainya..itulah jerit perih yang kita tempuh selama ini..alhamdulillah tuhan balas dengan kebaikan....

   mama sentiasa doakan yang kita akan bersama-sama hingga ke akhir hayat kita..bersama2 anak-anak....kalaupun Tuhan nak ambil nyawa kita biarlah anak-anak kita dah besar...susah senang mama akan sentiasa bersama abang....
  

KES PEMBUANGAN BAYI

Sejak akhir-akhir ini cerita pembuangan bayi makin menjadi-jadi, smapai kadang-kadang tak sanggup nak dengar..apatah nak melihat badan bayi tu di hurungi semut.. bercalar di dera..kadang-kadang sampai terfikir yang buat benda ni binatang ke manusia...ya la kita ni tak duduk kat tempat dia tak tahu apa sebab jadi macm tu, ada yang kena rogol..tanpa kerelaan..abang, ayah, bapa saudarapun dah boleh merogol sekarang ni macam bukan satu kesalahanpun tak kesian ke dengan diorang yang kena macam ni....cuba kita fikir agak-agaknya kenapa mereka membuang bayi tu kan....aku nak bagi satu idela ini bukan menyokong ya jauh sekali.....tapi nak membantu dari seorang penzina dah jadi seorang pembunuh hai banyak dosa tu..

KERATAN AKHBAR MENGENAI PUSAT PERLINDUNGAN
Fatimah: Sarawak Tidak Memerlukan Pusat Perlindungan Bayi


KUCHING, 21 Ogos (Bernama) -- Tiada rancangan untuk menubuhkan pusat perlindungan bayi di Sarawak untuk mencegah gejala pembuangan bayi, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Fatimah yang juga Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) berkata Sarawak telah mewujudkan satu sistem sokongan bersepadu untuk menangani isu pembuangan bayi secara berkesan.

Katanya sistem sokongan ini juga memberi bantuan dan perlindungan kepada wanita hamil luar nikah di mana mereka boleh meneruskan tempoh kehamilan mereka sepenuhnya dalam persekitaran yang selamat di sebuah pusat perlindungan di Telaga Air, di sini.

"Ia (pusat perlindungan) dibiayai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Sistem ini juga menyediakan rawatan, perlindungan dan pemulihan (CPR) serta perkhidmatan termasuk kehamilan dan selepas melahirkan, juga mencegah pengguguran, pengabaian, pembuangan dan kematian bayi yang baru lahir.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kuih raya sumbangan Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak kepada 94 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib di sini.

Pusat perlindungan bayi pertama negara telah ditubuhkan pada 29 Mei lepas dengan sokongan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pasangan yang tidak mampu untuk memelihara bayi mereka boleh meletakkan bayi tersebut di OrphanCARE tanpa menyatakan nama mereka.

RAYA 2010

Raya tahun ni tak balik mana-mana kampungpun, bukannya apa anak aku nak periksa upsr tahun ni so nak privacy sikit...harap-harapnya anak aku akan berjaya dalam exam tu tak kisahlah dapat berapapun...dia dah berusaha...aku sentiasa mendoakannya
      lepas sembahyang raya g rumah jepun kawan suami aku..cam tak caya je dah raya ekkk..... terus gi rumah mak...bersalaman maklumlah banyak dosa ngan mak ni he...he...g umah zamani..n then amik gambar ...kelakar betul ..maklumlah first time amik gambar...balik rumah panaskan lauk..kami buat lemang sendiri walaupun nampak remeh tapi puas hati buat sendiri....petang kang adik - adiknak datang beraya pulak...
     dalam dok kita seronok beraya..malaysia di kejutkan dengan pembunuhan datok sosilawati lawiya..betullah aku tak faham zaman sekarang cam tak tahu mana lak nak beza mana satu manusia yang ada otak tuhan bagi dengan binatang yang memang dah Tuhan tak bagi otak...takkanlah tak de rasa kasihan di dalam jiwa dia terhadap sesuatu perkara di luar dugaan...entahlah aku betul2 terkejut memang tak sangkalah bila dah sampai membunuh, menyembelih , membakar ...aku memang yakin waktu tu..sosilawati masih hidup..sebab aku fikir takkanlah sampai maam tu nak di buatnya..memang aku tak sangka..KEJAM...KEJAM SANGAT..apapun kita doakanlah semoga roh keempat-empat mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang SOLEH....
     raya ke enam dah mula ramai orang balik ke taman..aku masih sibuk macam biasa maklumlah anak-anak tak cuti macam aku..so sama jelah macam tak cuti....petang tadi bekas anak-anak murid aku datang seronok sangat maklumlah dah dekat tiga tahun tak jumpa...alih2 dah besar dan berjaya semuanya...alhamdulillah..malam tadi empat buah rumah pergi beraya..ehhmmm..anak-anaklah kenyang makan..biasalah kalau dah bawa anak..memang payah nak cari mood makan..p